KUALA LUMPUR, 4 Dis - PAS akan mempertimbangkan dua nama calon untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu kelak.
Menurut Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar, pihak parti biasanya akan mempertimbangkan sekurang-kurangnya dua nama calon untuk bertanding.
"PAS peringkat pusat kebiasaannya akan mempertimbangkan sekurang-kurangnya dua nama calon untuk bertanding," katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.
Tambahnya, kebolehan calon untuk menang dalam pilihan raya kecil itu adalah kriteria utama PAS.
Ketika ditanya sama ada PAS akan berbincang dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat berhubung calon pilihan raya tersebut,Kamarussin berkata, perkara itu tidak timbul kerana Pakatan Rakyat telah memutuskan bahawa Kuala Terengganu adalah milik PAS.
Dalam pada itu, Kamaruddin berkata, PAS telah bersetuju melantik Timbalan Presidennya, Nasaruddin Mat Isa sebagai ketua jentera pilihan raya kecil kuala Terengganu sementara Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Wan Mutalib Embong dilantik menjadi pengarah pilihan raya di peringkat negeri.
"Pelantikan itu adalah sebagai persediaan menghadapi pilihan raya kecil tersebut yang mana tarikh-tarikh yang berkaitan dengan pilihan raya itu akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok," katanya.
Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong selepas penyandangnya, Dato' Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands minggu lalu.
Sementara itu, pihak SPR dijangkakan akan bermesyuarat esok untuk menentukan tarikh pilihan raya bagi kawasan itu.
Thursday, December 4, 2008
Kuala Terengganu: PAS pertimbangkan dua nama
Posted by groupalusy at 6:05 PM 0 comments
Tuesday, October 21, 2008
SEDANG BERPINDAH....
Sila lawati kami di laman baru : www.groupalusy-v2.blogspot.com
Posted by groupalusy at 7:24 PM 0 comments
Thursday, September 18, 2008
Cikgu Pa Akui faham teguran Tok Guru
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustapa Ali menjelaskan faham segala teguran Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadapnya baru-baru ini.
"Jadi apa sebab Tok Guru tegur saya itu saya fahamlah. Dan selepas itu saya ambil sikap tidak jawab Tok Guru. Saya sebagai anak, Tok Guru boleh panggil saya pada bila-bila masa sahaja.
"Jadi saya terus terang apabila keluar dalam Harakah kata Tok Guru tegur saya itu sebenarnya saya sudah menghantar mesej kepada Setiausaha Politiknya, Haji Annual Bakri Haron.
"Saya kata sampaikan terima kasih saya kepada Tok Guru. Jadi rasanya ada sesuatu yang Tok Guru tegur saya dan saya sendiri rasa tidak jelas. Jadi hari ini jelaslah," katanya kepada media selepas pertemuan dengan Menteri Kelantan di JKR 10, hari ini.
Baru-baru ini dalam wawancara ekslusif bersama Harakah, Mustafa yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat mendakwa pertukaran kerajaan pada 16 September tidak menjadi kenyataan.
Ekoran itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz menegur kenyataan tersebut kerana dianggap bertentangan dengan keputusan yang dicapai pada muktamar di Ipoh Ogos lalu.
Pesuruhjaya PAS Terengganu itu berkata, beliau tidak boleh hendak cerita apa dimaksudkan jelas itu.
"Sebagai anak saya kena mari. Jadi apa yang diterangkan Tok Guru saya fahamlah. Bagi saya sekarang sudah tidak ada apalah.
"Dan InsyaAllah seterusnya tidak ada apa. Saya puas hati dan faham apa hasil pertemuan tadi," katanya.
Menurutnya beliau dan Tok Guru sebagai ayah dan anak dan hubungan di antara ayah dengan anak.
"Hubungan ayah dengan anak kadang-kadang ada benda-benda kecil, sebab ayah rasa dia hendak tegur dia tegur.
"Dan sebagai anak apabila kena kena tegur kadang-kadang ada rasa hendak cakap atau lagu mana ke... itu sudah menjadi perkara biasa," ujarnya.
Beliau menjelaskan isu itu bermula ada hubung kait interview khasnya yang disiarkan Harakah sebelum ini.
"Jadi tidak berbangkit dengan mana-mana isu lain dan ia hanya ada kaitan dengan interview saya dalam Harakah sahaja. Saya hormat Tok Guru macam ayah saya," katanya.
Oleh itu beliau menolak andaian yang menyebut PAS dilanda krisis.
"Bukan krisis sebagaimana diperkatakan. Kita akui ada perbezaan pendapat itu dan bukan krisis. Tok Guru akan tegur semua," katanya.
Manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, isu itu seumpama kiambang bertaut bagi merapatkan hubungan kepemimpinan PAS.
Posted by groupalusy at 8:17 AM 0 comments
Umno sudah patah, PAS janganlah berbalah
Oleh Yaasin
hanya membaca baris demi baris
tapi komen TGNA dan Mustafa Ali
menarik saya menulis kembali
Isu 16 Sept hangat dibincang
oleh ahli, pemimpin dan bakal pembangkang
Bukan dongeng bukan khayalan
tapi optimis dan harapan
Cikgu Pa beri pandangan
sebagai ahli politik yang berpengalaman
berdasarkan 2 faktor didepan
Parlimen tak bersidang dan ahli Parlimen ke Taiwan
Soalnya mukadepan akhbar Harakah
'16 Sept gagal' tajuk dicanggah
Beri persepsi mengundang marah
Kelihatan negatif untuk ummah
TGNA beri teguran
atas sifat Mursyidul Am gerakan
untuk baiki yang dirasanya kesilapan
supaya tak beri kesan kepada Pakatan
16 Sept isu teknikal sebenarnya
tak perlu berbalah, tak pergi ke mana
InsyaAllah kerajaan bertukar akhirnya
Isu umat itulah isu utama
Pemimpin PAS berbalah jangan
Hanya isu 16 Sept jadi perbincangan
Tarik benang dlm gandum jgn bersepahan
Ada yg boleh dibincang secara sendirian
Kalau Tok Guru Hj Hadi ada membaca
atau TGNA, Cikgu Pa artikel saya
Ambillah tindakan dengan segera
baiki hubungan supaya lebih mesra
UMNO sedang parah menunggu rebah
Pimpinan PAS jangan menggelabah
Berhati-hati pilih tajuk wahai Harakah
Supaya yang untungnya Islam dan ummah
Posted by groupalusy at 8:17 AM 0 comments
Saturday, September 6, 2008
Pelapis ulama PAS 'paling tidak memuaskan'

Barisan pelapis kepemimpinan ulama PAS kini berada dalam keadaan krisis – pengetahuan mereka yang berusia bawah 40 tahun "paling tidak memuaskan" dan tertumpu aspek keagamaan sahaja.
"Saya selalu dengar ceramah-ceramah ulama muda ini. Masih stereotaip (hujahnya). Daripada ucapannya, kita tahu sudut bacaannya, kefahamannya," kata Naib Presiden PAS Mohamad Sabu kepada Malaysiakini.
"Masih mengecewakan saya," jelasnya lagi, mengulas prestasi kepemimpinan ulama yang disokong beliau sejak ia diperkenalkan awal 1980-an selepas PAS terpengaruh dengan kejayaan Revolusi Islam di Iran.
Berbeza dengan generasi tua pemimpin ulama parti itu, kata penceramah popular itu, barisan muda lulusan agama dalam PAS sekarang dilatih di negara-negara Arab yang tidak demokratik sehingga menyebabkan mereka hanya bertujuan lulus peperiksaan."Sebab kita lihat, latar pengajian mereka di Mesir, Arab Saudi, atau Syria. Negara-negara ini terkongkong daripada sudut politiknya, pendedahannya, dengan penindasan yang berlaku di sana.
"Sekarang ini, kalau di Mesir, Syria dan negeri-negeri Arab, semuanya negeri yang diktator. Jadi, aliran pengajian mereka (bergantung) kepada buku (sahaja) untuk lulus peperiksaan.
"(Keadaan) itu yang saya rasa rimas sedikit dengan perkembangan semacam ini," kata Mohamad sewaktu ditemui di kediamannya di Shah Alam semalam.
"Berlainan dengan ulama-ulama kita di tahun 1950-an dan 1960-an. Kebanyakannya lulusan (agama) dari India.
"Jadi di sana, di universiti-universiti Aligarh, Deoband dan sebagainya, (orientasinya) lebih bersikap sains politik. (Misalnya) profesor Zulkifli Mohamad di zaman itu."
Bekas ahli parlimen Kuala Kedah itu menambah, barisan ulama di beberapa negara lain seperti Iran dan Lubnan mempunyai gabungan kepakaran ilmu-ilmu kontemporari dan ilmu agama.
"Kita harap ulama-ulama kita pun sampai ke peringkat itu. Ertinya, bukan hanya bidang fekah semata-mata tetapi boleh bercakap dalam pelbagai bidang.
Mohamad bagaimanapun tetap menyokong kepemimpinan ulama PAS dan berharap pengetahuan barisan ulama parti itu menguasai lebih banyak pengetahuan semasa dan berani mengetengahkan khazanah ilmu Islam untuk diterapkan dalam politik Malaysia.
Beliau enggan mengulas saranan ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub yang berhasrat menganjurkan seminar penilaian semula kepemimpinan ulama seperti ucapan dasarnya di muktamar dewan itu di Ipoh, bulan lalu.
Posted by groupalusy at 6:18 AM 0 comments
Thursday, August 21, 2008
"PAS For All"
Presiden PAS mempertegaskan komitmen bahawa perjuangan PAS adalah suatu amanah untuk memakmurkan sekalian alam.- Perjuangan PAS bersifat universal untuk seluruh umat manusia, membawa keadilan sejagat sebagaimana bab ketiga, Fasal 6, Perkara (8), (9) dan (10) Perlembagaan PAS.
- PAS bukan sekadar parti politik tetapi sebuah organisasi dakwah dan tarbiah yang menjadi mata rantai gerakan Islam sedunia.
- Peranan PAS di negeri-negeri Pakatan Rakyat dijalankan berlandaskan konsep siasah syar'iyah yang diukur mengikut kemampuan dan keadaan, dasar Islam yang teguh dan pelaksanaan yang anjal.
- Negeri-negeri diperintah Pakatan Rakyat perlu melaksanakan pentadbiran yang profesional dan menjadi contoh kepada negeri-negeri ditadbir BN.
- PAS tidak harus lena dengan jolokan 'king maker' politik tanah air malah perlu istiqamah dengan prinsip dan matlamat perjuangan.
- Lajnah Tarbiah, Jawatankuasa Pemerkasaan Parti perlu diperkasakan; manakala budaya cintakan ilmu, usrah da tarbiah perlu diperhebatkan.
Posted by groupalusy at 7:48 PM 0 comments
Monday, August 18, 2008
Saya Bukan Seperti Anwar??
KUALA LUMPUR: Setelah bermubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan, pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, mencabar bekas majikannya itu untuk bersumpah dengan cara benar-benar Islam.
"Saya mencabar Anwar Ibrahim untuk bersumpah dengan cara sebenar-benar Islam dengan melakukannya di masjid di hadapan dan disaksikan oleh para ulama dan mufti serta disaksikan seluruh rakyat Malaysia bagi membuktikan dakwaan tidak benar," katanya dalam sidang media pertamanya yang diadakan di Hotel Dynasty di sini pukul 7.10 petang tadi.
Sebelum itu, kira-kira pukul 6.23 petang, Saiful telah melakukan sumpah 'mubahalah' dia telah diliwat oleh majikannnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut cara yang dituntut Islam di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.
Dalam sidang medianya, Saiful menegaskan beliau telah diliwat Anwar tanpa kerelaannya dan tidak memilih untuk berdolak-dalih dengan pelbagai alasan serta penipuan kepada seluruh masyarakat dalam isu dakwaan liwatnya seperti yang dilakukan Anwar.
Berikut adalah sesi soal jawab antara para wartawan dan Saiful.
Q: Masa mengangkat sumpah tadi, siapa saksi?
A: Imam Masjid Wilayah Persekutuan.
Q: Ke mana menghilang selama ini?
A: Saya bukan menghilangkan diri tapi saya mendiamkan diri kerana saya ingin mengumpulkan kekuatan kerana saya telah difitnah dan ditohmah dengan macam-macam terutama sekali oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi itulah alasan saya.
Q: Mengapa En Saiful memilih hari ini dan Masjid Wilayah?
A: Saya telah lama nak buat ni (angkat sumpah) tapi ia memerlukan satu kekuatan mental dan juga rohani kerana bersumpah ini bukan sesuatu yang mudah dan boleh dibuat secara suka-suka kerana akibatnya ia boleh dilaknat. Alhamdulillah, Allah telah memberi saya kekuatan untuk saya bersumpah pada hari ini.
Q: Adakah ini ada kena-mengena dengan hari penamaan calon Permatang Pauh esok?
A: Oh tidak..tidak..tidak sama sekali..
Q: Bagaimana perasaan En Saiful setelah bersumpah.?
A: Alhamdulillah. Saya berasa lega kerana saya dapat bersumpah dan buat pertama kalinya saya dapat memberanikan diri dan diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk berdepan dengan para wartawan.
Q: Adakah perbuatan liwat itu dilakukan dengan kerelaan Saiful?
A: Tidak. Ia tanpa kerelaan saya.
Q: Adakah akan bersama-sama berkempen di Permatang Pauh?
A: Tidak, this is not a political matter. Ini adalah dakwaan kes peribadi antara Anwar Ibrahim dengan saya.
Q: Adakah perbuatan liwat dilakukan dengan kerelaan? (Soalan diulang)
A: Saya ingin tegaskan di sini bahawa perkara itu berlaku tanpa kerelaan saya.
Q: Ada yang kata lebih dari sekali?
A: Itu saya akan jawab di mahkamah.
Q: Betulkah anda membuat pemeriksaan di Pusrawi?
A: Saya akan berikan jawapan di mahkamah kerana saya bukan seperti Anwar, seperti yang anda tahu, beliau laksanakan media trial, saya akan memberi keterangan saya dan bekerjasama di mahkamah nanti.
Q: Mengapa memilih hari ini (mengangkat sumpah)? Adakah kerana esok hari penamaan calon?
A: Ia secara kebetulan sahaja. Kita pun tak tahu Anwar akan bertanding dan saya punya laporan pun pada 28 Jun, jadi kita tak tahu dia akan bertanding bila. Saya ingin tegaskan, saya memerlukan kekuatan dan Alhamdulillah, Allah berikan saya kekuatan untuk mengadakan sumpah hari ini dan hari ni pun hari Jumaat, hari yang sangat dirahmati Allah.
Q: Adakah Saiful membuat laporan polis dan menyimpan salinannya?
A: Saya buat polis report 5.30 petang tetapi dalam pukul 6.30 petang, ia terpapar di laman web dan SMS. Saya sendiri tulis (laporan) di HKL.
Q: Mengapa berjumpa dengan Datuk Seri Najib untuk mengadu?
A: Keterangan akan diberi di mahkamah..
Q: Bagaimana jika Anwar juga mahu bersumpah?
A: Tidak mengapa. Saya telah lakukan tanggungjawab. Jika beliau mahu lakukan, terpulang kepada beliau kerana ia tidak boleh tentukan sama ada salah atau tidak. Ia di mahkamah nanti.
Posted by groupalusy at 7:41 PM 0 comments
